Sunday, 1 March 2015

أحوال الضمائر (Keadaan Domir-Domir) للسنة الثالثة






Sebelum kita mulakan pembelajaran hari ini, jom lihat isi kandungan 
pembelajaran untuk hari ini terlebih dahulu..:)


Untuk apa kita belajar subjek ini ya? tujuannya untuk kita tahu keadaan
domir,memahaminya dan boleh membuat latihan berkaitan domir..




Ok,untuk set induksi sebelum kita mulakan pelajaran hari ini
 ialah pen,kertas dan pemadam..:)




Baiklah,sebelum kita mulakan pembelajaran hari ini..
mari kita baca doa sebelum belajar sama-sama ya..:)



                                     Ok,sekarang pembelajaran pertama ialah mufrad muzakar
                                dan mufrad mu'annas iaitu menunjukkan domir kepada seorang
                                                       lelaki dan juga seorang perempuan..





Seterusnya,musanna muzakar dan musanna mu'annas menunjukkan
kepada dua orang lelaki dan dua orang perempuan.






Untuk yang terakhir bagi pembelajaran pertama ini ialah dengan
jama' muzakar dan jama' muannas iaitu menunjukkan kepada tiga
orang lelaki dan juga tiga orang perempuan.





Ok murid-murid,sekarang kita masuk pembelajaran yang kedua
iaitu muqatab menunjukkan kepada lelaki dan muqatabah 

menunjukkan kepada perempuan.





Untuk seterusnya,lilmutakalam wahid iaitu untuk satu orang
yang bercakap sahaja dan sebab itu menggunakan
perkataan ana untuk menunjukkan saya.





Dan untuk yang terakhir ialah lilmutakalam maa jamaah iaitu
untuk percakapan ramai-ramai.Oleh sebab itu digunakan
perkataan nahnu untuk menunjukkan kami.







Baiklah murid-murid,sekarang jom kita buat aktiviti atau latihan
tentang apa yang kita pelajari hari ini dalam buku tulis masing-masing..:)




Ok,sebelum kita tamat pembelajaran hari ini..murid-murid dikehendaki
menyalin latihan ini dan jangan lupa buat dirumah ye..
minggu hadapan kita jumpa lagi..:)





Kesimpulan untuk pembelajaran hari ini ialah memudahkan pelajar
memahami pelajaran mereka serta mampu menyebut
dan menulis domir-domir yang telah dipelajari.






Baiklah murid-murid sekalian,jom kita baca doa selepas
belajar ini sama-sama ye..:)






Terima kasih murid-murid.. atas perhatian
kamu semua..wa ila liqa'..:)

Saturday, 21 February 2015

الأشهر الإسلامية ( Bulan-Bulan Islam) للسنة الثالثة



مُحَرَّمٌ - صَفَرٌ - رَبِيْعُ الأَوَّلِ - رَبِيْعُ الأَخِرِ - جَمَادَى الأوْلَىْ - شَوَّالٌ - رَمَضَانٌ - شَعْبَانٌ - رَجَبٌ - جَمَادَر الآخِرَة -  ذُوْالقَعْدَةِ - ذُوْالحِجَّةِ



Topik pembelajaran kita hari ini adalah..mempelajari bulan-bulan dalam islam. Jom kita
lihat ada berapa banyakkah bulan-bulan dalam islam yang kita akan pelajari..:)



Monday, 26 January 2015

الْحِكَمُ وَالأَمْثَالَ ( Kata-Kata Hikmah & Perumpamaan)


                     مَنْ جَدَّ وَجَدَ
" Siapa bersungguh-sungguh dia berjaya"

                    الْحَاجَةُ تُفُتِّقُ الْحِيْلَةَ
"Keinginan memecahkan segala halangan"
( Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih)

                     الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ
"Hikmah itu merupakan sesuatu yang hilang bagi orang mukmin"

                      الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ
"Seseorang mukmin itu adalah cermin kepada mukmin yang lain"

                         أَعْقَلُ النَّاسِ أَعْذَرَهُمْ
"Manusia yang paling berakal adalah yang memaafkan orang lain"

                 الْعِلْمُ بِلاَ عَمَلٍ كَالْشَجَرٍ بِلاَ ثَمَرٍ
"Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah"

Sunday, 25 January 2015

أعضاء الجسم (Anggota Tubuh Badan) للسنة الثالثة






Ok murid-murid,kali ini kita akan belajar tentang anggota tubuh badan dalam
bahasa arab,siapa tahu mata,rambut dan anggota lain dalam bahasa arab?
kalau tidak tahu,jom sama-sama kita belajar ye..:)
 


الأدوات المطبخية (Alat-Alat Dapur) للسنة الثالثة

 

هَذِهِ ثَلاَّجَةٌ


هَذَا مَطْبَحٌ


هَذِهِ مِغْرَفَةٌ



هَذَا إِبْرِيْقٌ


هَذِهِ مِلْعَقَةٌ وَشَوْكَةٌ


هَذَا قِدْرٌ


هَذَا سِكِّيْنٌ

هَذَا صَحْنٌ


هَذَا فِنْجَانٌ


Haa..murid-murid nak tahu tak nama bagi alat-alat dapur dalam bahasa
arab?kalau nak tahu jom kita belajar dan lihat nama yang tentera 
pada ruangan ini bersama-sama ye..:)


Wednesday, 21 January 2015

KEPENTINGAN CARA MENGAJAR BAHASA KEDUA


Pada minggu yang lalu, saya belajar mengenai cara mengajar bahasa kedua dalam bahasa arab iaitu menggunakan cara lama dan cara moden. Nak tahu, apakah cara-caranya? Jom kita lihat dibawah ini..

Cara-Cara Lama :

1) Cara Terjemah
2) Cara Pertemuan
3) Cara Kuliah
4) Cara Bercerita
5) Cara Sembang

Cara-Cara Baru :

1) Cara Komunikasi
2) Cara Sebut dan Dengar
3) Cara Spontan
4) Cara Kerjasama
5) Cara Sintesis
6) Cara Penyelesaian Masalah

 Seperti yang anda lihat, cara moden lebih banyak dari cara lama mungkin kerana inginkan penambahbaikan dari sebelumnya. Semoga dengan dua cara ini dapat membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran, inshaAllah..:)

Thursday, 15 January 2015

Mari Belajar Kosa Kata Bahasa Arab Dengan Mudah


Ingin tahu cara mudah untuk belajar kata kerja bahasa arab dengan lebih mendalam? Tonton video ini..