Pada minggu lepas saya belajar mengenai sifat khusus yang perlu ada pada seorang guru bahasa arab. Ternyata banyak sifat guru yang saya tidak ketahui dalam pelajaran ini, antaranya ialah :
1) أن يكون محبّا لمادّته ومعتزا بها فخورا بتدريسها
2) أن يكون متمكّنا من المادّة علما وتعليما وعلى درجة عالية من الكفاءة
3) أن يكون حسن النطق، جيد الأداء، فصيح اللسان, بعيدا عن اللهجات العامية
4) Guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu.
5) Guru juga perlu membimbing dan berinteraksi dengan pelajar samaada
di dalam atau di luar bilik darjah.
6) Mestilah bersifat dengan sifat benar, ikhlas, setia dan amanah.
Itulah antaranya yang boleh saya kongsikan dengan anda apa yang dipelajari minggu lepas, sebenarnya banyak lagi dan sifat-sifat ini kita sudah sedia maklum sebelumnya. Kadang-kadang kita terlepas pandang akan hal sebegini, kerana mengangap ianya perkara yang tidak penting. Selain itu juga, seorang guru juga seharusnya mempunyai penampilan yang baik dan personaliti yang menarik agar lebih berkeyakinan dalam menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin, insahaAllah.
No comments:
Post a Comment