Wednesday, 10 December 2014

Pengertian, Dan Pentingnya Bahasa Arab

Pengertian Bahasa Arab

Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang arbitrer, yang dipergunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerja sama, berinteraksi, dan mengidentifikasikan diri, percakapan (perkataan) yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun,

baik budinya, menunjukkan bangsa, budi bahasa atau perangai serta tutur kata menunjukkan sifat dan tabiat seseorang (baik buruk kelakuan menunjukkan tinggi rendah asal atau keturunan).


Arab adalah nama bangsa di Jazirah Arab dan timur tengah. [Departemen Pendidikan Dan Kebudayaan, 1997, hlm:62]

Jadi dapat saya ambil kesimpulan bahwa Bahasa Arab adalah tutur kata yang digunakan oleh bangsa di jazirah arab dan timur tengah.

 Pentingnya Bahasa Arab

Betapa pentingnya bahasa Arab bagi manusia kiranya tidak perlu diragukan lagi. Hal itu dapat dibuktikan dengan menunjukan penggunaan bahasa dalam segi sehari-hari, lebih-lebih bahasa arab yang selalu kita guna dalam melaksanakan ibadah, seperti halnya solat jika kita mengetahui erti dari apa yang kita ucapkan juga akan menambah kekhusyukan dalam solat, haji jika kita faham dengan bahasa arab kita juga akan mudah berkomunikasi dengan orang arab ketika berkomunikasi dengan orang arab ketika haji.

Selain itu dalam bahasa arab memiliki tutur bahasa yang sangat sukar sehingga banyak pakar ilmuan membahas tentang tutur bahasa arab yang bertujuan untuk lebih memudahkan kita dalam mendalami pemahaman Al-quran dan hadis yang kesemuanya menggunakan bahasa arab, Al-quran dan hadis merupakan sumber hukum yang penting sehingga kita dituntut untuk memahami bahasa arab.

 Seperti sabda nabi :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :تركت فيكم شيئين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله و سنة رسوله
” Aku tinggalkan untukmu semua, dua perkara jika kamu semua berpegang teguh dengannya maka kamu semua tidak akan sesat iaitu Al-Qur’an dan Hadits”. [Rohman Jalaluddin Abdul, 2004, hlm:130]

No comments:

Post a Comment